Volunteer Smartphone Patrol
MCPF Penang urges all to set up Volunteer Smartphone Patrol (VSP) in their smartphones as an App that matters. PDRM needs the support of the public to help connect and communicate on any crime, suspicious acts or unsafe situations that could lead to crimes being committed. MCPF Penang fully supports and endorses this initiative that can help to report, record and reduce crimes. Thank you for your being a partner to combat crimes!
For information, kindly download the PDF here.
———
PELAKSANAAN
Jika dahulu masyarakat boleh melaporkan jenayah melalui talian hotline PDRM dan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) tetapi melalui VSP, masyarakat kini boleh menyalurkan aduan/maklumat yang dilengkapi dengan elemen multimedia seperti gambar, video dan koordinat GPS lokasi kejadian.
VOLUNTEER SMARTPHONE PATROL
Volunteer Smartphone Patrol atau lebih dikenali sebagai VSP merupakan satu inisiatif baru Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mewujudkan kolaborasi dan kerjasama strategik mencegah jenayah bersama masyarakat.
VSP ini juga adalah satu daripada program di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) dan PDRM telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai agensi pelaksana program ini manakala Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) pula dilantik sebagai ‘Initiative Owner’.
FAEDAH-FAEDAH MENGGUNAKAN VSP
Dapat memberi didikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat dalam pelbagai sudut keselamatan seperti mencegah dan membanteras jenayah.Dapat mengeratkan hubungan mesra di antara polis dan masyarakat. Sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat kepada pihak polis.Dapat menanamkan sifat bertanggungjawab untuk bersama mencegah jenayah di kalangan masyarakat.
KESIMPULAN
Masyarakat diseru untuk bersama-sama memanfaatkan aplikasi VSP ini sepenuhnya bagi membantu pihak polis memerangi dan mencegah jenayah. Keamanan dan kesejahteraan negara adalah tanggungjawab bersama.
Masyarakat Dan Polis Mencegah Jenayah!

Past Events
- MCPF Penang Website www.mcpfpg.org Visitors’ Log hits a Monthly Record high of 23.24k in November 2025. Cum-to-date total: 977,865 (March 2016 to November 2025)
- MCPF SPS DLC participates in Camp for Uniformed Bodies at SJK (T) Nibong Tebal
- MCPF Penang engages in Operational Meeting at SMK Mengkuang, Bukit Mertajam to follow-up on CCTV Project Proposal
- MCPF Penang Quartermaster Munusamy Muniandy does an on-site Housekeeping / Maintenance inspection of MCPF Penang Office at PDRM IPK P. Pinang
- MCPF Penang & SPS DLC participates in PDRM’s Launching Ceremony of Amanita Taman Angkat at ADTEC ATM Kepala Batas






