‘Negara terlebih tadbir’: Banyak jabatan, banyaklah rasuah – pakar
Kes seorang pegawai rendah imigresen di Johor–yang ditahan dua kali dalam masa lima bulan kerana didakwa terlibat dalam rasuah–membongkar kelemahan sistem pentadbiran kerajaan, kata pakar. Pakar kriminologi dari Universiti Sains Malaysia (USM) P Sundramoorthy berkata, kes sebegitu mencerminkan masalah lebih mendalam dalam struktur pentadbiran dan pengawasan institusi kerajaan. “Apabila seorang pegawai kerajaan yang pernah ditahan…






