KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim memutuskan untuk mendapatkan kerjasama orang awam yang mempunyai sebarang maklumat atau bukti bergambar serta video kejadian.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, mereka yang tidak berpeluang tampil ke depan untuk memberikan maklumat boleh menghubungi sektretariat di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang.Sekretariat berkenaan ialah Yusof Ali yang boleh dihubungi di talian 03-8885 1920 atau e-mel [email protected] atau Sanjeetha Nair di talian 03-8885 1209 atau e-mel [email protected], menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Wan Junaidi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Siasatan Kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, turut memaklumkan telah menerima laporan interim daripada Jawatankuasa Khas Teknikal Kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim hari ini.”Laporan interim ini adalah berdasarkan maklumat sedia ada serta tindakan yang telah diambil oleh Ahli Jawatankuasa Teknikal dalam mendapatkan fakta lanjut berkaitan kes ini,” katanya.Beliau berkata proses pencarian fakta itu dilaksanakan secara intensif sejak Januari lepas dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Peguam Negara.”Proses ini penting bagi memastikan laporan yang dihasilkan dapat diterjemahkan dengan telus, adil dan saksama,” katanya.Laporan interim yang disiapkan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penubuhan Jawatankuasa Khas Teknikal itu telah dibentangkan oleh Setiausaha Jawatankuasa Khas Teknikal Profesor Madya Datuk Dr P. Sundramoorthy.
— BERNAMA
Artikel dipetik daripada Astro Awani. Imej diguna dipetik daripada Astro Awani
Past Events
- MCPF Barat Daya DLC Chairman joins Deepavali Festivities at SJK (T) Sungai Ara
- MCPF Penang Chairman Dato’ Seri Ong Poh Eng chairs MCPF Penang SLC Meeting No. 9 (Term of Office 2023-2026) at PGC Board Room
- MCPF Penang SLC Member Joseph SM attends PGO2025 Organizing Committee Virtual Meeting #1
- MCPF Penang attends PWDC PGO2025 Press Conference at Komtar Auditorium
- MCPF SPS DLC attends PDRM led Engagement Meeting with Indian Community of Ladang Kaledonia






