KUALA LUMPUR – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bimbang dengan peningkatan kes penipuan jenayah siber secara mendadak sejak kebelakangan ini yang melibatkan orang ramai.
Naib Pengerusi Kanan MCPF, Datuk Seri Ayub Yaakob berkata, dari segi statistik pihak polis, penipuan jenayah siber ini melibatkan jutaan ringgit.
“Pada tahun 2019 jumlah kerugian yang dialami pengguna RM500 juta, 2020 (RM502 juta) dan sehingga 31 Oktober 2021 (RM414 juta).
“Ini adalah statistik yang dilaporkan. Terdapat juga penipuan yang tidak dilaporkan. Penipuan jenayah siber ini juga membuatkan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman telah melancarkan kempen anti jenayah siber sepanjang bulan November dan Disember tahun ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya pada Isnin.
Pada masa sama Ayub menasihatkan orang ramai mengambil tahu atau cakna mengenai penipuan jenayah siber ini.
“Orang ramai juga perlu berhati-hati mengenainya kerana modus operandi yang digunakan juga pelbagai,” katanya.
Beliau mencadangkan kerajaan mewujudkan satu pusat aduan khas agar semua aduan berkaitan kes penipuan jenayah siber sama ada dilaporkan atau tidak dilaporkan dapat diteliti dan diambil tindakan sewajarnya.
“Pusat aduan khas ini boleh mengkordinasikan semua aduan yang diterima bersama agensi lain yang berkaitan,” katanya.
Beliau menambah, tujuan pusat aduan khas itu adalah untuk menganalisa aduan-aduan tersebut dan disampaikan kepada pihak atasan supaya satu langkah konkrit bagi mengatasi masalah tersebut dapat diambil.
Ayub berkata, negara-negara maju juga membuat pusat aduan khas mereka sendiri berkenaan perkara tersebut.
“Negara-negara maju juga berbuat seperti ini. Jangan tunggu negara kita maju dahulu,” katanya.
Beliau turut mencadangkan pusat aduan khas ini membuat satu jurnal dan dibentangkan dalam persidangan yang sekurang-kurangnya dibuat dalam tiga bulan sekali.
Artikel ini dipetik daripada Sinar Harian.
Past Events
- MCPF Penang pays a Courtesy Visit to YDH CP Dato’ Ts. Azizee bin Ismail at Penang Contingent Police HQ
- MCPF Penang & MCPF Secretariat Team supports PWDC’s 12th Penang Goes Orange Program at The Esplanade, George Town
- MCPF Penang attends PDRM’s 2025 North Zone ATIPSOM Enforcement Seminar at Grand Ballroom, G Hotel, George Town
- MCPF EXCO Member / MCPF Penang Deputy Chairman Dato’ Seri K. Pulayantran attends MCPF Management Standing Committee Meeting at MCPF HQ
- MCPF Penang guided by its Chairman Dato’ Seri Ong Poh Eng holds a Tender Opening for CCTV Project (SMK Mengkuang) Proposal at PGC






