KUALA LUMPUR 6 Jan. – Akta Bahan Khayalan perlu diwujudkan demi mengatasi masalah penyalahgunaan bahan-bahan tertentu untuk menjadi khayal.
Naib Pengerusi Kanan yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, setakat ini tiada peruntukan yang membolehkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menahan mereka yang menyalahgunakan bahan-bahan itu.
“Masalah ketagihan dalam kalangan belia bukan sahaja melibatkan dadah tetapi juga bahan-bahan yang mudah diperolehi seperti gam, petrol, aerosol, cat sembur, cecair pemetik api dan najis lembu.
“Cadangan supaya diadakan peruntukan untuk penagih atau ahli keluarga mereka melakukan serah diri secara sukarela juga perlu disokong kerana ada di antara mereka yang terlanjur mungkin mempunyai kesedaran untuk berubah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan cadangan AADK untuk mewujudkan satu undang-undang khusus dikenali Akta Bahan Khayal bagi menangani masalah ketagihan gam dan bahan khayal lain, terutama membabitkan kanak-kanak di negara ini.
Menurut laporan itu, cadangan akta baharu itu akan dikemukakan oleh AADK ketika Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Undang-Undang Membanteras Dadah yang akan dipengerusikan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Khamis depan.
Mengulas lanjut, Lam Thye turut menzahirkan kebimbangannya tentang sindiket yang cuba membekal dadah kepada golongan belia seperti yang didedahkan oleh pihak media.
Kata beliau, penguat kuasa undang-undang seharusnya mempunyai tahap integriti yang tinggi dan menjalankan tugas dengan amanah tanpa ada rasa takut atau mempunyai sebarang kepentingan diri.
“Saya amat berharap tiada pihak yang cuba melindungi sindiket ini yang semakin giat mempengaruhi golongan pelajar dan remaja termasuk membekalkan gula-gula yang mengandungi dadah,” katanya. – UTUSAN ONLINE
This article first appeared on Utusan Malaysia. Photograph above sourced from Utusan Malaysia.
Past Events
- MCPF Penang Chairman Dato’ Seri Ong Poh Eng chairs a small group discussion on CCTV Pilot Project plans for selected Pilot Boarding School (SMK Mengkuang, SPT) at PGC
- MCPF Penang SLC and DLCs attend Town Hall Discussion on Bullying at Dewan Sri Pinang
- MCPF Penang attends Digital Shielding Program for USM Students at Dewan Pembangunan Siswa, USM
- MCPF Penang attends Closing Ceremony of Global Explorers International Co-curriculum Camp 2025 at Pusat Kokorikulum, Bukit Mertajam
- MCPF Penang attends On-Site Review of proposed Pilot CCTV Project at SMK Mengkuang, SPT






